Tuesday 19 January 2016

SINGAPORE DAY TRIP PART 1

Singapore Day Trip Part 1

Fuh Fuh Bismillah, Entri kali ni sebenarnya agak nostlagik dan Bermakna kerana abam akan mencerita kan satu satunya produk lagend kami dijual mula mula iaitu Singapore Day Trip .

Ramai yang mcm blur blur blur bila sebut tentang pergi ke Singapore dalam Satu Hari??? Puas ke?? Betul ke ??? Logik ke??? Meh sini kita story flow program ini dalam ayat blog pulak

*********************************************************************************


Normally Trip ini akan bermula pada Hari Jumaat yang di consider sebagai Day 1 , para peserta akan berkumpul di dua tempat utama iaitu
1) Kota Damansara ( utk kpd mereka yang nk parking kereta FREE)
2) KL Sentral ( buat mereka yg LOVE public transport)

terpulang kepada keselesaan masing masing , jika di Kota Damansara berkumpul 11.30 mlm dan bergerak 12 .00 mlm, jika di KL Sentral berkumpul 11.55 mlm dan bergerak 12.25 mlm
*pilihan ditangan anda

sebelum naik bas normally akan ada sesi tick tick nama , mcm attendance tu la, sebab nk tahu sapa yang x dtg ke atau yang tersesat sampai ke planet ZUHRAH ke.so abam kena take note. Setelah proses itu selesai para peserta akan dijemput untuk Menaiki bas hebat berhawa dingin 10 horse power ( peserta dinasihatkan bawa la selimut ke , toto narita ke atau bantal pikachuu untuk menemani anda sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kota Singa. Setiba nya di dalam bas , abam atau leader akan mengetuai membaca doa perjalanan agar perjalanan pergi dan balik kita selamat hendaknya, setelah itu makan ringan dan minuman akan diedarkan ala ala dalam flight !!! mintak je nk jus oren epal, tembikaii semua ada dalam mimpi.. hahah so kisahnya abam kasi drinking watahh je la.

Perjalanan daripada KL- Gelang Patah , Johor ( 1 stop rasmi) mengambil masa kira kira  jam, Bas normally dijadualkan tiba Jam 5 Pagi, setibanya para peserta akan dikejutkan dgn manja dipipi masing masing untuk mengisi sejenis borang WHITECARD untuk masuk ke Singapore, setelah selesai para peserta boleh la mengambil masa dalam 2 jam untuk solat, mandi dan makan pagi yang disediakan oleh PJS , lepas nyum nyum apa lagi x zabarrr la kan nk masuk Singapore, maka taklimat ringkas akan diadakan di dalam bas oleh abam atau leader.

Maklumlah Singapore ni kira negara yang mengamalkan undeng2 ketat nak Mamposs , so abam remind kan peserta agar tidak tersilap langkah :) . Everthing dah settle maka bermula lah kembara kita ke Kota Singa, all the way tu apa lagi ada la soalan soalan kuiz abam dlm bas, sapa dapat jawab dapat la hadiah percutian ke LONDON, ke Jepun atau KOREA.. HAHAH korg xyah nk percayakan sgt , hahah abam bagi la keychain ke apa ke sebagai cenderamata yang menjawab soalan dgn betuiii.hihi .ok la tu kan...

Next kita cerita Destinasi Pertama yang dituju, eh lupa nk bagutau yang sekarang ini di consider DAY 2 dah ok..Lokasi Pertama once kita masuk Singapore adalah  Merlion Park ataupun tempat Singa yang keluar air tu, plz jgn kampung sgt panggil singa keluar air..hahahah nama di MERLION , dia ni consider ikon Singapore lah, Once korang sampai korg akan teragung2 kan sgt Singa ni, sekeliling tu korang akan nampk view ESPLANET, Marina Bay Sand, dan keindahan sungai Singapura.  Setelah settle bergambar, kita gerak ke tempat seterusnya iaitu Bugis Street.

Bugis Street ni dulunya penempatan masyarakat bugis yang datangnya daripada Indonesia, tp skang ni Bugis ni dah consider tempat membeli belah dah. So disini lah para peserta diberi peluang shopping Sakan untuk cenderamata korang, keychain la, fridge magnet la, beg la baju la dan mcm mcm la. Abam nasihatkan beli disini kerana harganya jauuuuuuuuhhh lebih murah compare dengan Pulau Sentosa nanti, nama pun percutian jimat kan :)

setibanya di Merlion Park, bas turunkan kita depan depan ok

ni la abam ckp merlion park tu


Next kita akan round sekejap kota singa sambil diberi penerangan GUIDE HALAL Singapore yang di upah oleh abam ( ni kes wajib , kalau x abam je explain semua. hahaha kos dia mahal dowhh ) tapi nk buat mcm mana redha jer la.  Guide ni la akan cerita serba serbi sejarah bagai, settle je city tour, kita dibawa pulak ke Kampung Gelam atau Arab Street .


Ni la perkarangan istana sultan johor lama

Kampung Gelam ni dulunya terletak kawasan Istana Sultan Johor, tapi NOW dah jadi Malay Heritage Centre je wei, rumah bendahara jadi restoran je , sedih kan. Di sini juga terletaknya Masjid Sultan , masjid tertua di SIngapura, Bole la koran foto foto kan disini. Sambil tu korang juga diberi peluang untuk tapau MURTABAK popular zam zam. perghh murtabak ni sedapp OOO,


  

 Then settle semua tu apa lagi terus la bergegas ke Pulau Sentosa, tentatively pukul 11.30 pagi kita sampai dan terus bergegas ke Entrance Masuk USS kepada yang Masuk USS, Then para peserta akan berkumpul balik jam 8 malam nanti . Kepada yang tak masuk USS peserta ada dua option iaitu

a) FREE and Easy
b) follow abam naik MRT untuk journey ke Orchard road

Ok Nanti abam sambung ok journey ke Orchard road dan kisah Pantai di Pulau Sentosa,

Tuesday 12 January 2016

Royal Belum Si Hutan Tua

Kisah Royal Belum

Pastinya Namanya saja dah unik . Hutan Hujan tropika yang antara tertua di dunia ni banyak menyimpan rahsia alam berabad lamanya ...Perjalanan jauh daripada Kl ke tasik banding ini rasa berbaloi bila sampai melihat kehijauan air tasik Banding . Tasik ini kebelakangan ni sibuk dgn pengusaha pengusaha houeboat dan bot bot kecil

 Pandangan Atas Tasik Banding
 
Ada yang datang utk trip memancing ada yang datang untuk riadah tenangkan jiwa dan ada juga yang menjadikan port team building . Mungkin kelebihan hutan tua ini menjadi tarikan depa dtg sini
Antara aktiviti yang sering dijalankan disini adalah seperti melawat perkampungan orang asli . Mai melihat dengan lebih dekat kampung depa . Tgk dgn dua biji mata hangpa bagaimana kehidupan simple masyarakat kaum jahai ini . Namun depa tetap gembira .

 Ketenangan Royal Belum dikala Senja


 Refleksi Keindahan Hutan Tertua Dunia
 
 Refflesia : Bunga Palma Terbesar di Dunia

 
Ramai anak gadis kaum jahai ni kawin awai . Anak depa berderett . Mungkin kerana tiada hiburan lain kan . Hihi paham paham la noh . Kalau kita tengok baby orang asli ni .. Huh semangat gebu gebu mungkin dek kerana susu cap gantung kan.Kalau ada kesempatan ke sini bawa la barang sumbangan macam beras ker baju ke jajan ke atau apa apa sahaja seikhlas hati .


 Comel Nau budak ni sedap kena Gendong


 Lets Take a Selfie


Selain tu, hangpa jugak bole singgah ke sungai kooi , disini terletaknya air terjun yg pergh super owhsem dan sgt natural. Kalau lepas hiking about 30 minutes hangpa akan jumpa air terjun ni . Apa lagi berendamlah la dulu . Rasakan kesegaran air terjun yang mengalir deras diatas tubuh hangpa. Hmm sgt refreshing . If rajin climb up sikit lagi boleh la melihat tapak reflesia . Jika hangpa bertuah dptlah melihat bunga terbesar di dunia ini kembang mekar .



 Air Terjun yang Ohsem

Bersambung ....

Monday 11 January 2016

Tips Shopping di Ho Chi Minh City

Info Ho Chi Minh City
Tips Shopping 

Jyeah hari ni nak share acah acah shopping adviser di Ho Chi Minh City . Normally bila sampai di kota penuh pancaroba ni, nafsu membeli belah utk kaum ibu amatlah melonjak lonjak .

Sabar Sabar Sabar

Kain Lace Murah Bang Murah Kak

Hari pertama jangan terlalu gejoloh . Buat lek buat cool . Setkan kekuatan mata dan kekuatan minda utk melihat sekeliling dulu ... Survey shj di Ben than Market dan di Pasar Malam . Hari kedua baru buat keputusan .

Jika peniaga meletakkan harga, cuba analisa logikkah harga itu ? Sebagai contoh jika Tshirt biasa boleh dpt RM10 . Pastikan anda memperoleh harga yang lebih murah drp itu then baru beli .
Silalah keluar ke Pasar Benthan atau Pasar Malam di seawal mereka membuka gerai, masyarakat di Vietnam ni percayakan konsep "pecah telur" , pelanggan pertama yang datang membeli akan diberikan special price.
Marilah Pecah Telur ...

Konsep muka masa membeli mestilah tegas . Jika mereka offer harga mahal kita letakkan harga yang kita mampu milik atau sesuai dgn bajet kita, jika harga yang kita letak tidak dipersetujui .. Hentak kaki dan berlalu pergi tanpa menoleh lagi .. Jika harga kita itu masih dlm margain keuntungannya insyallah dia akan panggil kita semula .
Untuk yang suka tempah baju pastikan tempah di hari pertama / hari kedua supaya anda masih ada masa untuk membetulkam baju yang dijahit jika ada masalah atau menambahkan lagi tempahan jika jatuh cinta dgn jahitan itu ye:)

Art Galeri buat Pencinta Seni Halus
Kain Cotton memang Heaven 

Untuk dapat harga murah juga jgn sesekali mengaku first time dtg , buat muka mcm dah biasa dtg yer dan yang paling penting sila berhati hati dgn penyeluk saku . Dun ever bring ur coach or ur gucci .. Bawa beg yang simple masa shopping . nak ootd sila buat masa di Mekong atau City Tour ðŸ˜˜
Huh .. Ni saja sharing malam ni harap berguna ya anak anak .

Sunday 10 January 2016

Info Ho Chi Minh City

Info Ho Chi Minh City Vol 1.

Kalau kita nak melancong ke sesebuah negara tu, adalah lebih feel jika kita tau serba sedikit sejarah dia kan. Hangpa tau tak HCM City ni merupakan bandar terbesar di Vietnam. HCM City ni merupakan hub ekonomi dan hub budaya, sebab tu bandar ni agak sibuk gila. Moto jgn ckp la..mcm semut hurung gula.

 Kebangkitan dan Kemajuan HCM city

Jangan tak tau dulu HCM City ni merupakan salah satu wilayah kemboja hinggalah pada abad ke 17 depa mentadbir sendiri. Tak lama lepas tu si Perancis datang dan menjajah pada abad ke 19 sebab tu banyak bangunan di HCM city ni berunsurkan bangunan di Perancis contohnya Gereja Notre Dame ( antara tempat lawatan kita yang ada dalam pakej tu ). Nama dia dulu bukan HCM city, nama dia adalah Saigon.
Setelah berlaku Perang Vietnam, pihak komunis pula ambil alih dan daripada situ lah dapat nya nama HCM CITY sempena nama pemimpin komunis tu pada tahun 1975 .

 Gereja Notre Dame 


Peniaga yang Gigih Mencari Rezeki
 

Cukup la info pasai sejarah noh, mesti hangpa yang baca menguap dah 1000 kali. haha.. Bila kita tau sejarah dia baru la jadi pelancong yang educated skit...ala ala menghayati sejarah la kan... tongue emoticon
Nanti kita sambung stori mori lagi noh noh.