Monday 11 January 2016

Tips Shopping di Ho Chi Minh City

Info Ho Chi Minh City
Tips Shopping 

Jyeah hari ni nak share acah acah shopping adviser di Ho Chi Minh City . Normally bila sampai di kota penuh pancaroba ni, nafsu membeli belah utk kaum ibu amatlah melonjak lonjak .

Sabar Sabar Sabar

Kain Lace Murah Bang Murah Kak

Hari pertama jangan terlalu gejoloh . Buat lek buat cool . Setkan kekuatan mata dan kekuatan minda utk melihat sekeliling dulu ... Survey shj di Ben than Market dan di Pasar Malam . Hari kedua baru buat keputusan .

Jika peniaga meletakkan harga, cuba analisa logikkah harga itu ? Sebagai contoh jika Tshirt biasa boleh dpt RM10 . Pastikan anda memperoleh harga yang lebih murah drp itu then baru beli .
Silalah keluar ke Pasar Benthan atau Pasar Malam di seawal mereka membuka gerai, masyarakat di Vietnam ni percayakan konsep "pecah telur" , pelanggan pertama yang datang membeli akan diberikan special price.
Marilah Pecah Telur ...

Konsep muka masa membeli mestilah tegas . Jika mereka offer harga mahal kita letakkan harga yang kita mampu milik atau sesuai dgn bajet kita, jika harga yang kita letak tidak dipersetujui .. Hentak kaki dan berlalu pergi tanpa menoleh lagi .. Jika harga kita itu masih dlm margain keuntungannya insyallah dia akan panggil kita semula .
Untuk yang suka tempah baju pastikan tempah di hari pertama / hari kedua supaya anda masih ada masa untuk membetulkam baju yang dijahit jika ada masalah atau menambahkan lagi tempahan jika jatuh cinta dgn jahitan itu ye:)

Art Galeri buat Pencinta Seni Halus
Kain Cotton memang Heaven 

Untuk dapat harga murah juga jgn sesekali mengaku first time dtg , buat muka mcm dah biasa dtg yer dan yang paling penting sila berhati hati dgn penyeluk saku . Dun ever bring ur coach or ur gucci .. Bawa beg yang simple masa shopping . nak ootd sila buat masa di Mekong atau City Tour 😘
Huh .. Ni saja sharing malam ni harap berguna ya anak anak .

No comments:

Post a Comment